Link Post Format

Link Post Format

Borang

BIL BORANG TAJUK / TUJUAN / ARAHAN
1 Borang 14A (Seksyen 215, 217, 218) PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PUSAKA
Tujuan untuk melakukan urusan pindahmilik tanah.
Borang ini perlu dicetak depan dan belakang dalam saiz A3.

PANDUAN MENGISI BORANG PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN (BORANG 14A)

Panduan khusus untuk mengisi borang 14A - Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan bagi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis. 
2 Borang 12A (Seksyen 197) PERMOHONAN UNTUK MENYERAH BALIK TANAH
Borang ini digunakan untuk serah balik tanah.
3 Borang 12D (Seksyen 204A) PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PERBERIMILIKAN SEMULA
Borang ini digunakan untuk serah balik tanah dan pemberimilikan semula tanah di bawah hakmilik sementara.
4 Borang Consent (Baharu) PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK, GADAIAN DAN PINDAHMILIK & GADAIAN
Borang ini digunakan untuk consent bagi pindahmilik, gadaian dan pindahmilik & gadaian (serentak)
5 Akta Akuan Berkanun 1960 (SEKSYEN 2) BORANG AKUAN SUMPAH PINDAHMILIK TANAH
Borang ini digunakan untuk surat akuan sumpah kepada penjual dan penerima atas urusan pindahmilik tanah.
6 Borang 26A (Seksyen 379) BORANG TUKAR ALAMAT
Borang ini adalah khusus bagi pemohon yang ingin mengemaskini alamat di hakmilik (Geran). Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM30.00 sahaja. Mohon kemukakan bersama salinan kad pengenalan dan salinan asal hakmilik diserahkan di Kaunter Pendaftaran.
7 Borang Pertukaran Nama (Seksyen 378) BORANG PERTUKARAN NAMA ATAU NOMBOR KAD PENGENALAN
Borang ini adalah khusus bagi pemohon yang ingin mengemaskini nama atau nombor Kad Pengenalan di hakmilik (Geran). Bayaran dikenakan adalah sebanyak RM30.00 sahaja. Mohon kemukakan bersama salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan salinan asal hakmilik di Kaunter Pendaftaran.
8 Borang 18A (Seksyen 313) BORANG PEMBATALAN PAJAKAN BAGI PENAMATAN CARA SELAIN SERAHAN BALIK
(BORANG 18A)
Seksyen 313 KTN - Pembatalan Pajakan selain dari serah balik disebabkan oleh tamat tempoh, notis dan lucut hak.
9 Senarai Semak Jadual C dan D SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK DISENARAIKAN DI DALAM JADUAL C DAN D ENAKMEN REZAB MELAYU PERLIS DAN KEPERLUANNYA
Senarai semak permohonan untuk disenaraikan di dalam Jadual C bagi memegang gadaian Tanah Rezab Melayu dan Jadual D bagi Memiliki atau Memajak Tanah di dalam kawasan Lengkongan Melayu di Negeri Perlis. Bayaran Fi bagi permohonan ini adalah berjumlah RM100.00 sahaja. 
10 Borang 19B (Seksyen 323) PERMOHONAN UNTUK MEMASUKKAN KAVEAT PERSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 323 KTN
Borang 19B bagi permohonan memasukkan Kaveat Persendirian di dalam hakmilik dan bayaran permohonan adalah sebanyak RM135.00 sahaja.
11 Borang 19G (Seksyen 325) PERMOHONAN MENARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 325 KTN
Borang 19G bagi mengeluarkan Notis Menarik Balik Kaveat Pensendirian. Bayaran Fi bagi urusan ini adalah sebanyak RM50.00 sahaja bagi setiap hakmilik. 
12 Borang 19H (Seksyen 326) PERMOHONAN MENGELUARKAN KAVEAT PENSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 326 KTN
Borang 19H bagi permohonan mengeluarkan Kaveat Persendirian. Bayaran Fi bagi urusan ini adalah sebanyak RM50.00 sahaja bagi setiap hakmilik.
13 Borang 15A (Seksyen 221) BORANG 15A KTN - PAJAKAN TANAH
Permohonan pajakan keseluruhan tanah di bawah Seksyen 221 Kanun Tanah Negara. Cetakan adalah menggunakan kertas saiz A3 di kedua-dua belah muka surat.
14 Borang 15B (Seksyen 222) BORANG 15B KTN - PAJAKAN KECIL TANAH
Permohonan Pajakan Kecil tanah di bawah seksyen 222 Kanun Tanah Negara.
15 Borang 15C (Seksyen 239) SERAH PAJAKAN TANAH (BORANG 15C)
Seksyen 239 KTN - Penamatan pajakan-pajakan oleh Tenansi melalui Penyerahan Balik. Cetakan adalah menggunakan kertas saiz A3 di kedua-dua belah muka surat.
16 Senarai Semak Pra Permohonan STRATA PENGELUARAN SIJIL FORMULA UNIT SYER (SIFUS) - PRA PERMOHONAN STRATA
Senarai semak Pra Permohonan STRATA bagi pengeluaran Sijil Formula Unit Syer (SIFUS).

PENAFIAN : Adalah dinasihatkan sentiasa merujuk kepada Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis sebelum melakukan sebarang urusan berkaitan. Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dibuat sekiranya berlaku perubahan terhadap borang yang dimuatnaik ini.


Pekeliling / Dasar Berkaitan

BIL NAMA PEKELILING TAJUK TUJUAN
1. Dasar Pembangunan Hartanah Negeri Perlis (DPHPs) Dasar Pembangunan Hartanah Negeri Perlis Pindaan 2024. Maklumat berkaitan dasar semasa pembangunan hartanah di Negeri Perlis termasuk tukar ganti tanah Rizab Melayu, takrifan bumiputera dan lain-lain.
2. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2017 Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.  Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.
3. Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2018 Penjelasan Takrifan 'Kampong' Dalam Syarat Nyata Bagi Hakmilik Tanah Yang Dikeluarkan Sebelum Kanun Tanah Negara 1965. Pekeliling ini dikeluarkan di bawah kuasa-kuasa Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bertujuan untuk memberikan penjelasan berkenaan takrifan 'Kampong' yang dinyatakan dalam syarat nyata hakmilik tanah yang tiada kategori penggunaan tanah serta berlaku sebelum Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) dikuatkuasakan.
4. Malay Reservations Enactment Perlis  Malay Reservation Enactment, 1353, Perlis Rujukan utama berkaitan Enakmen Rizab Melayu (ERM) di Perlis.


Soalan Lazim

Maklumat sedang dikemaskini


Accordion Menu

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE