Perutusan Pengarah

DARI MEJA PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera. 
Selamat Datang Ke Laman Web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Pihak Berkuasa Negeri Perlis bagi mengurus dan mentadbir semua aspek pentadbiran dan pengurusan tanah berdasarkan peraturan serta peruntukan undang-undang tanah yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965, Peraturan Tanah Negeri 1987 dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa. Selaras dengan tanggungjawab tersebut, semua urusan pentadbiran dan pengurusan tanah yang dilaksanakan perlulah selari dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan dari semasa ke semasa. Di antara bidang tugas yang dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut ialah memproses permohonan tanah, mendaftar tanah-tanah milik yang diluluskan, menyimpan dokumen-dokumen hakmilik, menerima dan memproses pendaftaran semua urusniaga dan bukan urusniaga berkaitan tanah, memproses permohonan tukar syarat, penyatuan, pemecahan tanah dan mengeluarkan permit penggunaan atau pemindahan tanah. Aktiviti ini juga termasuklah urusan pungutan cukai dan hasil tanah serta tindakan penguatkuasaan bagi memastikan segala peraturan dan perundangan tanah yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.  

Memandangkan tugas-tugas yang diamanahkan kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis mencakupi skop aktiviti yang agak luas, maka laman web yang dibangunkan ini diharap dapat memberi maklumat asas secara ringkas mengenai fungsi-fungsi Pejabat ini supaya mudah difahami dan diketahui oleh orang ramai. Melalui penyediaan laman web ini, diharapkan orang ramai akan memperolehi sumber informasi yang tepat dan kemaskini di samping dapat memahami struktur pentadbiran tanah yang ada di negeri Perlis. Selain daripada menjadi sumber informasi, melalui laman web ini orang ramai akan dapat memahami dasar-dasar pentadbiran tanah yang sedang dikuatkuasakan, kedudukan kadar cukai tanah yang ditetapkan, semua aktiviti dan bidang perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis bagi membantu serta memudahkan orang ramai berurusan dengan pejabat ini. 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis juga akan sentiasa menerima cadangan, idea dan teguran orang ramai bagi memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kualiti pengurusan serta pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. Input yang diperolehi dari orang ramai adalah diharapkan dapat membantu Pejabat dalam mengenalpasti tahap perkhidmatan yang diperlukan dan disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan dari semasa ke semasa. Semoga dengan adanya interaksi dua hala di antara jabatan dengan pelanggan diharapkan tahap kualiti dan produktiviti di dalam kalangan pegawai dan kakitangan akan dapat dipertingkatkan. Adalah menjadi harapan jabatan ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan penuh iltizam bagi menjamin kepuasan pelanggan jabatan ini selaras dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
Image

En. Aizal Bin Mazlan

PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

Jalan Penjara,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

No. Telefon : 04-9765 501 / 503
No. Faks : 04-9763 773
Emel : ptg@ptgps.gov.my

Facebook : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

                                                        Waktu Operasi

   ISNIN - KHAMIS

   8.30 AM - 12.30 PM

   2.30 PM - 4.30 PM

  JUMAAT

  8.30 AM - 11.45 PM

  2.45 PM - 4.30 PM

 

                                                                 Hits Pengunjung

Today 54

Yesterday 132

Week 794

Month 1935

All 34942

Currently are 14 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                                Hubungi Kami

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian