Borang

BIL BORANG TAJUK / TUJUAN / ARAHAN
1 Borang 14A (Seksyen 215, 217, 218) PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PUSAKA
Tujuan untuk melakukan urusan pindahmilik tanah.
Borang ini perlu dicetak depan dan belakang dalam saiz A3.

PANDUAN MENGISI BORANG PINDAHMILIK TANAH, BAHAGIAN ATAU PAJAKAN (BORANG 14A)

Panduan khusus untuk mengisi borang 14A - Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan bagi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis. 
2 Borang 12A (Seksyen 197) PERMOHONAN UNTUK MENYERAH BALIK TANAH
Borang ini digunakan untuk serah balik tanah.
3 Borang 12D (Seksyen 204A) PERMOHONAN PENYERAHAN BALIK DAN PERBERIMILIKAN SEMULA
Borang ini digunakan untuk serah balik tanah dan pemberimilikan semula tanah di bawah hakmilik sementara.
4 Borang Consent (Baharu) PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK, GADAIAN DAN PINDAHMILIK & GADAIAN
Borang ini digunakan untuk consent bagi pindahmilik, gadaian dan pindahmilik & gadaian (serentak)
5 Akta Akuan Berkanun 1960 (SEKSYEN 2) BORANG AKUAN SUMPAH PINDAHMILIK TANAH
Borang ini digunakan untuk surat akuan sumpah kepada penjual dan penerima atas urusan pindahmilik tanah.
6 Borang 26A (Seksyen 379) BORANG TUKAR ALAMAT
Borang ini adalah khusus bagi pemohon yang ingin mengemaskini alamat di hakmilik (Geran). Bayaran PERCUMA. Mohon kemukakan bersama salinan kad pengenalan dan salinan asal hakmilik diserahkan di Kaunter Pendaftaran.
7 Borang Pertukaran Nama (Seksyen 378) BORANG KEMASKINI NAMA, KAD PENGENALAN DAN ALAMAT
Borang ini adalah kombinasi permohonan kemaskini nama, kad pengenalan dan alamat serentak atau berasingan. Tiada bayaran dikenakan bagi permohonan ini [Borang Tukar Nama dan Borang 26A)
8 Borang 18A (Seksyen 313) BORANG PEMBATALAN PAJAKAN BAGI PENAMATAN CARA SELAIN SERAHAN BALIK
(BORANG 18A)
Seksyen 313 KTN - Pembatalan Pajakan selain dari serah balik disebabkan oleh tamat tempoh, notis dan lucut hak.
9 Senarai Semak dan Garis Panduan Jadual D SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK DISENARAIKAN DI DALAM JADUAL  D ENAKMEN LENGKONGAN SIMPANAN DAN KEPERLUANNYA
Senarai semak permohonan untuk disenaraikan di dalam Jadual D bagi Memiliki atau Memajak Tanah di dalam kawasan Lengkongan Melayu di Negeri Perlis. Bayaran Fi bagi permohonan ini adalah berjumlah RM1,000.00 sahaja.
10 Borang 19B (Seksyen 323) PERMOHONAN UNTUK MEMASUKKAN KAVEAT PERSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 323 KTN
Borang 19B bagi permohonan memasukkan Kaveat Persendirian di dalam hakmilik dan bayaran permohonan adalah sebanyak RM250.00 sahaja.
11 Borang 19G (Seksyen 325) PERMOHONAN MENARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 325 KTN
Borang 19G bagi mengeluarkan Notis Menarik Balik Kaveat Pensendirian. Bayaran Fi bagi urusan ini adalah sebanyak RM200.00 sahaja bagi setiap hakmilik. 
12 Borang 19H (Seksyen 326) PERMOHONAN MENGELUARKAN KAVEAT PENSENDIRIAN DI BAWAH SEKSYEN 326 KTN
Borang 19H bagi permohonan mengeluarkan Kaveat Persendirian. Bayaran Fi bagi urusan ini adalah sebanyak RM200.00 sahaja bagi setiap hakmilik.
13 Borang 15A (Seksyen 221) BORANG 15A KTN - PAJAKAN TANAH
Permohonan pajakan keseluruhan tanah di bawah Seksyen 221 Kanun Tanah Negara. Cetakan adalah menggunakan kertas saiz A3 di kedua-dua belah muka surat.
14 Borang 15B (Seksyen 222) BORANG 15B KTN - PAJAKAN KECIL TANAH
Permohonan Pajakan Kecil tanah di bawah seksyen 222 Kanun Tanah Negara.
15 Borang 15C (Seksyen 239) SERAH PAJAKAN TANAH (BORANG 15C)
Seksyen 239 KTN - Penamatan pajakan-pajakan oleh Tenansi melalui Penyerahan Balik. Cetakan adalah menggunakan kertas saiz A3 di kedua-dua belah muka surat.
16 Senarai Semak Pra Permohonan STRATA PENGELUARAN SIJIL FORMULA UNIT SYER (SIFUS) - PRA PERMOHONAN STRATA
Senarai semak Pra Permohonan STRATA bagi pengeluaran Sijil Formula Unit Syer (SIFUS).
17 Borang Permohonan Penyimpanan Geran DHKK BORANG PERMOHONAN BAGI PENYIMPANAN GERAN DHKK DI PEJABAT TANAH
Kadar bayaran bagi permohonan penyimpanan di Pejabat Tanah adalah RM50 per hakmilik.
18 Borang 16N BORANG PERMOHONAN MELEPAS GADAIAN
Borang ini adalah bertujuan bagi melepas gadaian dan perlu dicetak dalam saiz A3.
19 Borang B Kaedah Strata Perlis BORANG PERMOHONAN FORMULA SYER UNIT (SIFUS)
Borang ini digunakan untuk memohon kelulusan formula pengiraan syer unit bagi pembangunan hartanah berstrata di negeri Perlis.
20 Borang F Kaedah Strata Perlis

BORANG PERMOHONAN PINDAAN FORMULA SYER UNIT (SIFUS)
Borang ini digunakan untuk memohon pindaan kepada formula syer unit yang telah diluluskan sebelum ini bagi pembangunan berstrata, disebabkan perubahan reka bentuk, unit, atau penggunaan.


PENAFIAN :
Adalah dinasihatkan sentiasa merujuk kepada Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis sebelum melakukan sebarang urusan berkaitan. Jabatan ini tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang dibuat sekiranya berlaku perubahan terhadap borang yang dimuatnaik ini.


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

Jalan Penjara,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

No. Telefon : 04-9765 501 / 503
No. Faks : 04-9763 773
Emel : ptg@ptgps.gov.my

Facebook : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

                                                        Waktu Operasi

   ISNIN - KHAMIS

   8.30 AM - 12.30 PM

   2.30 PM - 4.30 PM

  JUMAAT

  8.30 AM - 11.45 PM

  2.45 PM - 4.30 PM

 

                                                                 Hits Pengunjung

Today 135

Yesterday 169

Week 923

Month 2686

All 48598

Currently are 13 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                                Hubungi Kami

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE