Profil Jabatan


    SEJARAH

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian pertama letaknya di atas tapak yang kini terdapat Pejabat Polis Cawangan Trafik.

    Setelah bangunan di atas tapak berkenaan dirobohkan, maka Pejabat Tanah berpindah ke bangunan baru yang kini menjadi Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan.  Dalam tahun 1982 sekali lagi Pejabat Tanah berpindah ke bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada 15 April 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis sekali lagi berpindah ke bangunan baru yang khas untuknya di Jalan Penjara iaitu bangunan yang ada sekarang.
    • Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis

    LOKASI

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perlis (PTG Perlis) terletak berdekatan dengan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Menghadap di hadapan Pejabat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Derma. Jarak ke Bandar Kangar adalah lebih kurang 500 meter atau 5 minit perjalanan.

    FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

    1. Mengurus dan mentadbir semua urusan tanah Negeri Perlis berdasarkan peruntukan undang-undang & dasar Kerajaan Negeri seperti berikut:
    • Perlembagaan Persekutuan;
    • Kanun Tanah Negara 1965;
    • Peraturan Tanah Negeri 1987;
    • The Malay Reservation Enactment Perlis 1353;
    • Akta Pengambilan Tanah 1960;
    • Akta Mineral 2002 Negeri Perlis;
    • Akta Hakmilik Strata 1985;
    • Keputusan-keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
    • Peraturan lain yang diterima pakai dari masa ke semasa

    2. Memberi pandangan serta cadangan berkaitan pengurusan tanah dan dasar-dasar baru kepada Kerajaan Negeri; dan
    3. Menyimpan segala rekod dan data tanah bagi seluruh negeri Perlis.

    HALA TUJU JABATAN

    Kami berusaha meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat melalui tindakan-tindakan pelupusan tanah, penukaran jenis syarat tanah, pengambilan balik tanah dan lain-lain perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
    Mewujudkan sistem yang cekap dan berkesan bagi pendaftaran hakmilik tanah, urusan pentadbiran tanah dan semua jenis rekod tanah mengikut kehendak undang-undang dan peraturan; dan
    Memaksimakan kutipan hasil negeri disamping mencari dan menambah punca-punca hasil lain dari sumber tanah dan galian.

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773
    Emel : ptg@ptgps.gov.my

    Facebook : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

                                                                      Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM

       2.30 PM - 4.30 PM

      JUMAAT

      8.30 AM - 11.45 PM

      2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                                     Hits Pengunjung

    Today 42

    Yesterday 1

    Week 142

    Month 841

    All 117038

    Currently are 22 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                                    Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE