JABATAN TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS
JALAN PENJARA, 01000 KANGAR, PERLIS
JALAN PENJARA, 01000 KANGAR, PERLIS
NOTIS PEMAKLUMAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA
Dikemaskini pada: 30 NOVEMBER 2022 |
JADUAL WAKTU PENGOPERASIAN KAUNTER BULAN RAMADHAN23 Mac 2023 hingga 21 April 2023 Hari : Isnin - Khamis Masa : 8:30 pagi - 12:30 tengahari 02:00 petang - 04:00 petang Hari : Jumaat Masa : 08:30 pagi - 12:30 tengahari 02:30 petang - 03:30 petang
Dikemaskini pada: 22 Mac 2023 |
TINDAKAN PENGUATKUASAAN JABATAN TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS DI BAWAH SEKSYEN 100 KANUN TANAH NEGARA TERHADAP PEMILIK TANAH YANG GAGAL MENJELASKAN TUNGGAKAN CUKAI TANAHPihak Berkuasa Negeri Perlis memandang serius terhadap keengganan pemilik cukai yang tidak membayar cukai tanah. Isu tunggakan cukai tanah adalah satu isu yang serius bagi negeri ini yang mana jumlah tunggakan semasa adalah sebanyak RM16,907,978.74 melibatkan 34,178 hak milik tanah. Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis telah mengeluarkan sebanyak 3,205 notis kepada pemilik tanah yang melibatkan: 2,101 Notis Peringatan Tunggakan Cukai Tanah; 1,087 notis secara SMS; lapan (8) Notis 6A (Notis Tuntutan Tunggakan Sewa) dan sembilan (9) Notis 8A (Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan) pada tahun ini. Kegagalan pemilik tanah melunaskan cukai tanah akan menyebabkan tanah dilucuthak/dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara [Akta 828]. Pada tahun ini, sembilan (9) hak milik telah dikeluarkan Notis 8A dan kesemua tanah ini telah dilucuthak dan kembali menjadi milik Tanah Kerajaan. Perampasan ini melibatkan jumlah tunggakan cukai tanah bernilai RM545,336.61 yang mana berkeluasan 26,195.0293 meter persegi. Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis mengambil kesempatan ini untuk memperingati pemilik-pemilik tanah agar sentiasa memastikan cukai tanah dijelaskan pada masa yang sepatutnya. "CUKAI TANAH TANGGUNGJAWAB KITA" Lihat gambar di GALERI. |
PROGRAM TURUN PADANG PENYERAHAN NOTIS PERINGATAN TUNGGAKAN CUKAI TANAHProgram turun padang JTGPs untuk menyerahkan Notis Peringatan Tunggakan Cukai Tanah kepada pemilik tanah yang belum menjelaskan bayaran tunggakan cukai tanah telah diadakan pada 9 Ogos sehingga 16 Ogos 2022. "CUKAI TANAH TANGGUNGJAWAB KITA" Lihat gambar di GALERI. |
![]() |
![]() |
![]() |