SEKALUNG TAHNIAH KEPADA WARGA PPTG PERLIS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG PRESTASI 100% PINDAH MILIK TANAH (PMT) SATU (1) HARI

This image for Image Layouts addon
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA WARGA PPTG PERLIS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG PRESTASI 100% PINDAH MILIK TANAH (PMT) SATU (1) HARI -
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis telah menerima Penghargaan Pencapaian Prestasi 100% Pindah Milik Tanah (PMT) Satu (1) Hari Tahun 2025 sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026.
 
Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Tuan Aizal bin Mazlan, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan PPTG Perlis dalam mencapai Prestasi 100% Pindah Milik Tanah (PMT) Satu (1) Hari bagi Tahun 2025.
 
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Nor Sakinah binti Ghazali, Ketua Penolong Pengarah (Pelupusan), Encik Ashraf bin Ab. Aziz, Timbalan Pendaftar Hakmilik serta wakil kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.
 
Pengiktirafan ini merupakan hasil komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan seluruh warga PPTG Perlis dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang cekap, berkualiti dan berintegriti kepada rakyat.
 
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PPTG Perlis. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan demi kemajuan pentadbiran tanah Negeri Perlis.
Tarikh   :  30 Julai 2026
Tempat :  Dewan Baiduri, Menara PETRA, Putrajaya
Tema    :  "Tanah Kita, Tanggungjawab Kita"

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

Jalan Penjara,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
No. Faks : 04-9763 773

                                                Waktu Operasi

   ISNIN - KHAMIS

   8.30 AM - 12.30 PM
   2.30 PM - 4.30 PM

   JUMAAT

    8.30 AM - 11.45 PM
    2.45 PM - 4.30 PM

 

                                               Hits Pengunjung

Today 110

Yesterday 135

Week 1345

Month 1766

All 123556

Currently are 13 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                 Hubungi Kami

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE