Persidangan Pentadbir Tanah Sempena Hari Tanah Negara Ke-8 Tahun 2024 (HTN2024)

Tarikh : 1 Ogos 2024
Tempat : Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Aizal bin Mazlan; Timbalan Pengarah dan Galian Negeri, Encik Effie Syamsyurijal bin Othman dan beberapa pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis telah menghadiri Persidangan Pentadbir Tanah bersempena dengan Hari Tanah Negara Ke-8 Tahun 2024 yang diadakan pada 1 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Persidangan HTN2024 ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Persidangan bagi meraikan Pentadbir Tanah seluruh Malaysia 2024 bertemakan "Pendigitalan Pemangkin Pentadbiran Tanah Madani!"
Tahun ini, pendigitalan memainkan peranan penting dalam pentadbiran tanah madani, mempercepatkan proses dan memastikan pengurusan tanah yang lebih berkesan. Mari kita raikan kemajuan ini dan teruskan usaha untuk melestarikan bumi kita!
 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE