Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2024

Tarikh : 16 - 17 Julai 2024
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPTGPs

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis amat berbesar hati menerima kunjungan pasukan penilai Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2024 yang diketuai oleh YBhg Datuk Anis binti Ali Hassan, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka selaku ketua panel pada 16 hingga 17 Julai 2024 (Selasa dan Rabu). Seramai sembilan orang ahli panel yang hadir terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang yang dinilai. Sistem Penarafan Bintang ini dianjurkan oleh Jabatan Ketua Pengarah dan Galian Persekutuan (JKPTG).
Sesi pembukaan audit telah dimulakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Aizal bin Mazlan dengan menyampaikan ucapan pembukaan dan alu-aluan.
Penilaian SSR meliputi tiga (3) komponen utama iaitu Komponen A melibatkan aspek Pengurusan, Komponen B bagi Perkhidmatan Teras dan Komponen C bagi Pengurusan Pelanggan.
Pengauditan melibatkan semua permohonan dan dokumen bagi tahun 2022 dan 2023 dan unit-unit yang terlibat dalam sesi audit ini adalah Unit Khidmat Pengurusan, Unit Kewangan, Unit Pelupusan, Unit Pembangunan, Unit Pendaftaran, Unit Penguatkuasaan, Unit Data dan Hasil, serta Unit Teknikal.
Sesi exit conference telah diadakan pada 17 Julai 2024 (Rabu) dengan kehadiran Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis iaitu Encik Effie Syamsyurijal bin Othman. Melalui sesi ini pihak auditor telah menyampaikan maklum balas dapatan audit dan juga komen-komen membina untuk penambahbaikan di masa hadapan.
Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis atas semua komitmen luar biasa yang telah diberikan. Semoga PPTGPs mendapat keputusan penilaian SSR 2024 yang terbaik.

 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE