Tarikh : 7 - 8 Mei 2024
Tempat : Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis
Tempat : Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis telah melaksanakan Pra-Penilaian (Audit Kendiri) Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah bermula pada 7 Mei 2024 hingga 8 Mei 2024. Pasukan Pra-Penilaian (Audit Kendiri) ini diketuai oleh Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (Pelupusan) iaitu Puan Noor Sakinah binti Ghazali. Sesi penilaian ini melibatkan kriteria penilaian mencakupi pelbagai aspek pentadbiran dan pengurusan tanah.
Sesi Pra-Penilaian (Audit Kendiri) ini merupakan persediaan awal sebelum penilaian akhir Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah yang dijangka berlangsung pada bulan Julai 2024.