Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

Tarikh : 3 Oktober 2024
Tempat : Bilik Serbaguna, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.

Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPs) bulan Oktober 2024 telah diadakan pada 3 Oktober 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Serbaguna PPTGPs.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Perlis, "Amin, amin, Ya Rabbal Jalil" dan nyanyian lagu Negaraku serta diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Herysma Danial Bin Helmi Hezri.
Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Aizal Bin Mazlan untuk menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga jabatan yang hadir. Pengarah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas jasa pegawai yang bertukar keluar, mengucapkan selamat datang kepada pegawai dan kakitangan yang baru melaporkan diri di PPTGPs, mengucapkan terima kasih kepada semua warga yang telah menyertai aktiviti jabatan dan memberikan ucapan tahniah kepada seluruh warga PPTGPs kerana telah dianugerahkan empat (4) bintang semasa penilaian Sistem Star Rating (SSR).
Seterusnya, pengerusi majlis telah membentangkan Laporan Pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Majlis seterusnya telah diadakan Sesi Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Pilihan (APP) Edisi April - Jun 2024 kepada Encik Mohd Shazuan Bin Saad daripada Unit Pendaftaran.
 
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE