Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis

Tarikh : 20 Jun 2024
Tempat : Bilik Serbaguna, JTGPs

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Perlis, "Amin, amin, Ya Rabbal Jalil" dan nyanyian lagu Negaraku serta diteruskan dengan bacaan doa oleh Encik Herysma Danial Bin Helmi Hezri.

Seterusnya, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Effie Syamsurijal Bin Othman telah membentangkan Laporan Pentadbiran Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis sehingga 20 Jun 2024.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Aizal Bin Mazlan untuk menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga jabatan yang hadir. Antara intipati ucapan beliau adalah semua warga jabatan haruslah bekerja dengan penuh integriti dan bebas daripada menerima atau memberi rasuah.

Majlis seterusnya telah diadakan Sesi Penyampaian Sijil Kecemerlangan Tahun 2023 kepada warga jabatan yang terpilih dan Sijil Penyertaan kepada Peserta Pertandingan Hari Inovasi Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bagi tahun 2023.

Pada program yang sama, turut diadakan sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Encik Hasyimi Bin Ismail dan pada akhir majlis, seluruh warga jabatan telah menandatangani Ikrar Aku Janji Bebas Rasuah dengan disaksikan oleh Tuan Pengarah JTGPS.
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE