Tarikh : 10 Disember 2024 (Selasa)
Tempat : Foyer, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
Tempat : Foyer, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Perasmian Van Bergerak “Cashless” PPTGPS-PAYNET Negeri Perlis Tahun 2024 bertempat di Foyer Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis ini YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali, YBrs. Encik Firdaus Ghani, Pengarah Kanan Bahagian Pendigitalan Kerajaan, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd, YBrs. Tuan Syed Muhammad Ammar bin Tan Sri Syed Azman, Ketua Pengarah Urusan The Weststar Group, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK), YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis. Selain itu, Hadir sama dalam majlis YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Aizal Bin Mazlan, Pengarah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) serta Wakil-wakil Jabatan yang terlibat.
YAB Menteri Besar Perlis juga telah menyempurnakan Perasmian Van Bergerak “Cashless” PPTGPS-PAYNET Negeri Perlis Tahun 2024 dan simbolik penyerahan kunci Van bergerak oleh pihak Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) kepada YAB Menteri Besar Perlis.
Pejabat ini telah pun memulakan perkhidmatan Van Bergerak bermula pada 8 November 2024 di Masjid-Masjid sekitar Perlis. Kerajaan Negeri Perlis melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis hari ini telah secara rasminya menerima sebuah van bagi kaunter bergerak tajaan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). Tajaan ini merupakan satu inisiatif syarikat bagi membantu Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kutipan hasil cukai tanah semasa dan tertunggak di Negeri Perlis secara tanpa tunai.