Lawatan Penanda Aras Sistem Penarafan Bintang (Sistem Star Rating) Pengurusan Tanah Di Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, Kedah

Tarikh : 30 April 2024
Tempat : Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, Kedah

Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis (JTGPs) pertama kalinya telah terpilih untuk penilaian Penarafan Bintang atau Star Rating Pengurusan Tanah bagi tahun 2024.
Justeru itu, satu lawatan penanda aras ke Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, Kedah telah diadakan bagi mendapatkan perkongsian berkaitan Sistem Star Rating, pemfailan dokumen-dokumen serta maklumat-maklumat lain berkaitan penilaian ini.
Lawatan penanda aras ini disambut mesra oleh Tuan Muhamad Mahazi Bin Haji Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu serta pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu.
Delegasi daripada JTGPs diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis iaitu Encik Effie Syamsyurijal bin Othman dengan disertai oleh 30 orang warga kerja JTG Perlis.
Diharap lawatan ini dapat memberikan input kepada semua warga kerja JTGPs berkaitan pelaksanaan Sistem Star Rating ini.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE