Tarikh : 2 Ogos 2024
Tempat : PPTG Negeri Selangor
Tempat : PPTG Negeri Selangor
Sesi lawatan kerja penanda aras Sistem e-Tanah dari delegasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPs) ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang diketuai oleh Encik Effie Syamsyurijal bin Othman, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis dan turut disertai oleh Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Sesi lawatan ini disambut mesra oleh YBrs. Dr. Hizan Bin Wahed, Timbalan Pengarah (Pendaftaran), serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).
Delegasi dari PTGPs telah dibawa melawat ke Kaunter SPOC (Single Point of Contact) dan diberikan penerangan berkaitan urusan Pendaftaran Tanah PTGS oleh Encik Khairi Bin Zaman Huri, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pendaftaran).
Seterusnya sesi lawatan ke Pusat Kawalan Utama PTGS dan penerangan berkaitan pengoperasian Sistem e-Tanah oleh Encik Mohd Sabri bin Haron, Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat).
Sesi lawatan diteruskan dengan taklimat dan penerangan tentang pelaksanaan sistem e-Tanah di Negeri Selangor oleh PTGS berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan sistem serta pengalaman melaksanakan sistem e-Tanah di negeri Selangor serta halangan dan cabaran yang dihadapi.
Dalam sesi tersebut juga, kedua-dua pihak bertukar-tukar buah fikiran serta berbincang bagi memastikan pelaksanaan sistem e-Tanah dapat memberikan perkhidmatan yang efisien dan memudahkan urusan pentadbiran tanah ke tahap yang lebih baik.
Semoga lawatan ini dapat memberikan visi yang jelas untuk menjadikan perkhidmatan Kerajaan ke arah Kerajaan Digital dan objektif pelaksanaan e-Tanah untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah secara elektronik dan bersepadu ke arah pentadbiran tanah yang lebih efektif, telus dan berintegriti tercapai.
Diharapkan kejayaan pelaksanaan sistem e-Tanah di Pentadbiran Tanah Negeri Selangor menjadi penanda aras kepada PPTGPs untuk melaksanakan sistem e-Tanah kelak.