
Sesi Taklimat eConsent & Hari Bertemu Pelanggan 2025 PPTGPS
KANGAR, 25 April 2025 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PTG Perlis) telah mengadakan sesi taklimat mengenai pelaksanaan sistem permohonan longgar sekatan kepentingan (eConsent) secara dalam talian sepenuhnya.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Effie Syamsyurijal bin Othman, Timbalan Pengarah PTG Perlis, dan turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat, termasuk YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis; YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YB Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis; YB Yang Zaimey bin Yang Ghazali, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis; Tuan Aizal bin Mazlan, Pengarah PTG Perlis; En. Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan); En. Noorhazarin bin Hassan, Ketua Unit Audit Dalam Negeri Perlis; serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seterusnya semua Ketua Unit dari Pejabat ini.
Dalam sesi taklimat tersebut, turut dibincangkan mengenai potensi impak pelaksanaan semakan cukai tanah bagi tahun 2026. Semakan baharu ini juga berpotensi untuk meningkatkan pendapatan Negeri Perlis.
Majlis ini turut diserikan dengan sambutan Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan secara serentak. Inisiatif ini bertujuan untuk mendekati masyarakat, memberi khidmat nasihat secara langsung, serta memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan jabatan dengan lebih dekat kepada orang awam. Sebagai tanda penghargaan, PTG Perlis turut menyediakan cenderahati istimewa untuk pelanggan dan jamuan makan untuk 800 pelanggan.
PTG Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini. Komitmen jabatan untuk terus menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam akan diteruskan demi manfaat rakyat negeri ini.
Tarikh : 25 April 2025
Tempat : Bilik Mesyuarat PPTG Perlis
Tempat : Bilik Mesyuarat PPTG Perlis