Program Kaunter Van Bergerak PPTGPS Di Wat Siam Kubang Tiga

    This image for Image Layouts addon
    KUBANG TIGA, 13 April – Program Kaunter Van Bergerak anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPS) yang diadakan di perkarangan Wat Siam Kubang Tiga pada hari ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

    Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan tanah secara lebih dekat tanpa perlu hadir ke pejabat secara fizikal. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk semakan dan pembayaran bil cukai tanah serta khidmat nasihat berkaitan urusan tanah.

    Kesemua transaksi dijalankan secara tanpa tunai (cashless) selaras dengan inisiatif pendigitalan perkhidmatan kerajaan negeri.
    Pihak PPTGPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada komuniti Kubang Tiga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung.
    Inisiatif ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi terpilih seluruh negeri bagi memastikan perkhidmatan tanah dapat disampaikan dengan lebih cekap, efisien dan mesra rakyat.
    Tarikh : 13 April 2025 (Ahad)
    Tempat : Wat Siam Kubang Tiga, 02450 Kangar, Perlis
     

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773

                                                    Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM
       2.30 PM - 4.30 PM

       JUMAAT

        8.30 AM - 11.45 PM
        2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                   Hits Pengunjung

    Today 176

    Yesterday 204

    Week 1130

    Month 176

    All 121966

    Currently are 44 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                     Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE