Perkhidmatan Van Bergerak PPTGPS Meriahkan Festival PERMAI 2025!

    This image for Image Layouts addon
    Perkhidmatan Van Bergerak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPS) telah berjaya menyertai Festival PERMAI 2025 (Perlis Mango & Agricultural Industry) selama dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 Mei 2025 bertempat di Dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
    Sepanjang penyertaan, pasukan PPTGPS telah menyediakan khidmat semakan dan pembayaran bil cukai tanah secara tanpa tunai (cashless) serta memberikan nasihat berkaitan urusan tanah kepada para pengunjung festival. Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada orang ramai yang mengambil peluang mendapatkan maklumat dan menyelesaikan urusan berkaitan tanah mereka dengan lebih mudah dan cepat.
    Penyertaan ini adalah selaras dengan komitmen PPTGPS dalam mendekati masyarakat melalui perkhidmatan digital dan mobiliti ke arah tadbir urus tanah yang lebih efisien dan mesra pelanggan.
    Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah di van kami! Jumpa lagi di lokasi seterusnya!
    Tarikh :  3 - 4 Mei 2025
    Tempat : Dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773

                                                    Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM
       2.30 PM - 4.30 PM

       JUMAAT

        8.30 AM - 11.45 PM
        2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                   Hits Pengunjung

    Today 166

    Yesterday 204

    Week 1120

    Month 166

    All 121956

    Currently are 29 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                     Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE