PERBINCANGAN BERHUBUNG PENYELESAIAN CUKAI TANAH HAKMILIK RAC

    This image for Image Layouts addon
    KANGAR, 13 Jun – Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah mengadakan satu sesi perbincangan rasmi bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPs) hari ini bagi membincangkan isu tunggakan bayaran cukai tanah yang melibatkan aset milik agensi tersebut di negeri ini.
    Perbincangan yang berlangsung pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama PPTGPs itu telah dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, dan disertai oleh delegasi dari pihak RAC serta pegawai-pegawai kanan pejabat tanah negeri.Turut hadir wakil dari Pejabat Kewangan Negeri.
    Sesi perbincangan berjalan dalam suasana profesional dan terbuka dengan tumpuan diberikan kepada penyesuaian rekod cukai, pelan bayaran tertunggak, serta kerjasama jangka panjang antara kedua-dua pihak dalam pengurusan aset tanah di bawah seliaan RAC.
    Pihak PPTGPs merakamkan penghargaan atas kesediaan RAC untuk hadir dan berbincang secara langsung demi mencapai penyelesaian yang baik bagi semua pihak terlibat.
    Tarikh :  13 JUN 2025
    Tempat : BILIK MESYUARAT PPTGPs

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773

                                                    Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM
       2.30 PM - 4.30 PM

       JUMAAT

        8.30 AM - 11.45 PM
        2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                   Hits Pengunjung

    Today 162

    Yesterday 204

    Week 1116

    Month 162

    All 121952

    Currently are 79 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                     Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE