Bengkel Pemahaman Kaedah-kaedah Tanah Perlis 2024

    Tarikh : 13 Disember 2024 (Jumaat)
    Tempat : Bilik Serbaguna, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.

    Bengkel Pemahaman Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ini telah dianjurkan oleh Unit Perundangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025.
    Bengkel ini telah dihadiri oleh Encik Aizal bin Mazlan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Encik Effie Syamsyurijal bin Othman, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, Ketua-Ketua Unit, Penolong Pegawai Tanah serta wakil-wakil dari unit di pejabat ini. Objektif utama bengkel ini diadakan ialah bagi memberi pendedahan serta pemahaman awal berkaitan pelaksanaan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 tertamanya kepada Penolong Pegawai Tanah serta petugas-petugas barisan hadapan pejabat ini berkaitan pelaksanaan kaedah ini.
    Memetik ucapan aluan serta perasmian oleh Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, pelaksanaan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 bukan sahaja memberi impak positif kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis malahan turut memberikan impak terhadap sistem pengurusan, pentadbiran dan perundangan tanah di Negeri Perlis. Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis juga optimis pelaksanaan kaedah-kaedah ini akan membuka satu dimensi baharu dalam aspek pengurusan serta pentadbiran tanah selain daripada memberikan impak terhadap pungutan hasil di pihak Kerajaan Negeri.
    Pelaksanaan Bengkel Pemahaman Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 ini akan menjadi permulaan yang baik sebelum memasuki tahun 2025 bagi memastikan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis terus cemerlang di masa hadapan.
     
     

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773

                                                    Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM
       2.30 PM - 4.30 PM

       JUMAAT

        8.30 AM - 11.45 PM
        2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                   Hits Pengunjung

    Today 176

    Yesterday 204

    Week 1130

    Month 176

    All 121966

    Currently are 46 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                     Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE