LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERLIS KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS

    This image for Image Layouts addon
    LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR PERLIS KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS -
    YAB Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis serta berjumpa dan menyantuni rakyat Perlis yang hadir membuat bayaran cukai tanah.
    Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu memberi peluang kepada YAB Menteri Besar untuk berinteraksi secara langsung dengan pembayar cukai, bertanya khabar serta mendengar pandangan dan maklum balas berhubung proses pembayaran cukai tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
     
    Dalam suasana mesra dan santai, YAB Menteri Besar turut menyantuni rakyat yang sedang menunggu giliran di kaunter bayaran, sekali gus menunjukkan keprihatinan kepimpinan negeri terhadap kebajikan serta keselesaan rakyat ketika berurusan, khususnya pada awal tahun melibatkan bayaran cukai tanah.
     
    Selain itu, YAB Menteri Besar turut meninjau kaunter pembayaran dan sistem perkhidmatan yang disediakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis, termasuk kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) yang diperkenalkan bagi memudahkan urusan rakyat serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
     
    YAB Menteri Besar turut menerima taklimat ringkas daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian berhubung Kempen Jom Bayar Tanpa Tunai dan Menang di mana pemilik tanah berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah.
     
    Turut bersama mengiringi lawatan ialah Pengarah dan barisan pegawai kanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis yang komited dalam memastikan urusan bayaran cukai tanah dapat dilaksanakan dengan cekap, telus dan berorientasikan rakyat demi pembangunan berterusan Negeri Perlis.
    Tarikh   :  2 JANUARI 2026
    Tempat :  PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773
    Emel : ptg@ptgps.gov.my

    Facebook : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

                                                                      Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM

       2.30 PM - 4.30 PM

      JUMAAT

      8.30 AM - 11.45 PM

      2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                                     Hits Pengunjung

    Today 46

    Yesterday 1

    Week 146

    Month 845

    All 117042

    Currently are 20 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                                    Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE