
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS KE KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM – Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis serta Pegawai Hasil PPTGPs. Turut bersama dalam sesi berkenaan ialah YBhg. Dato’ Khalid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRES.
Sesi kunjungan hormat ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Pentadbiran Tanah Negeri Perlis dengan NRES, khususnya dalam perkara berkaitan pentadbiran tanah, ukur dan geospatial serta pengurusan sumber asli.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah kepada rakyat dan pembangunan Negeri Perlis.
Tarikh : 29 September 2026
Tempat : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Putrajaya
Tempat : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Putrajaya





