KUNJUNGAN HORMAT KE MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) TERENGGANU DARUL IMAN

This image for Image Layouts addon
KUNJUNGAN HORMAT KE MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) TERENGGANU DARUL IMAN – Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu Darul Iman sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan pandangan, perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam aspek pengurusan dan pengoperasian industri kuari.
 
Kunjungan ini turut menjadi platform pertukaran ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh pengurusan sumber bahan batuan serta meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pengurusan industri kuari.
 
Dalam kesempatan yang sama, pihak MBI Terengganu turut mengatur lawatan teknikal ke GPQ Kuari Bukit Payung, Terengganu. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk melihat secara lebih dekat aspek operasi, pengurusan dan amalan yang dilaksanakan di tapak kuari.
 
Diharapkan perkongsian dan pengalaman yang diperoleh melalui kunjungan serta lawatan teknikal ini dapat dijadikan input dan rujukan dalam penambahbaikan berterusan pengurusan kuari di Negeri Perlis, selaras dengan usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan sumber negeri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MBI Terengganu atas sambutan, perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan sepanjang kunjungan ini.
Tarikh   :  21 September 2026 (Isnin)
Tempat :  Terengganu Digital (TD1303)

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

Jalan Penjara,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.

No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
No. Faks : 04-9763 773

                                                Waktu Operasi

   ISNIN - KHAMIS

   8.30 AM - 12.30 PM
   2.30 PM - 4.30 PM

   JUMAAT

    8.30 AM - 11.45 PM
    2.45 PM - 4.30 PM

 

                                               Hits Pengunjung

Today 54

Yesterday 243

Week 1269

Month 6032

All 135641

Currently are 9 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                 Hubungi Kami

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE