Bengkel Transformasi Digital Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPS)

    This image for Image Layouts addon
    Bengkel Transformasi Digital Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPS)
    Bengkel Transformasi Digital Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis (PPTGPS) yang berlangsung pada 18 hingga 20 April 2025 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh komitmen.
    Program ini merupakan anjuran Technologi Innovative Resources (TIR) yang diketuai oleh Tuan Haji Zairul Hisam Ab Manan, Ketua Pengarah Eksekutif TIR. Bengkel ini telah menghimpunkan warga PPTGPS daripada pelbagai unit untuk membincangkan pelaksanaan digitalisasi utama jabatan.
    Antara fokus utama bengkel termasuk pelaksanaan permohonan longgar sekatan (Consent) secara dalam talian, pembangunan sistem pengurusan kuari negeri, serta penambahbaikan sistem SPTB dan SPHTB melalui permintaan perubahan (Change Request). Selain itu, bengkel ini turut memberi penekanan kepada pembudayaan transformasi digital dalam kalangan warga kerja jabatan.
    Sepanjang bengkel, peserta dibahagikan kepada kumpulan mengikut fokus sistem dan dipandu oleh fasilitator berpengalaman seperti YBrs. Tuan Aizal Bin Mazlan, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis dan Encik Effie Syamsyurijal Bin Othman, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. Setiap kumpulan telah memberi input yang konstruktif bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan sistem digital yang dirancang.
    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, fasilitator, pihak urus setia serta pihakTechnologi Innovative Resources (TIR) atas usaha menjayakan bengkel ini. Semoga bengkel ini menjadi titik tolak ke arah perkhidmatan tanah yang lebih cekap, efisien dan berteraskan digital di Negeri Perlis.
    Tarikh :  18 - 20 April 2025 
    Tempat : Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
     

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis

    Jalan Penjara,
    Pusat Bandar Kangar,
    01000 Kangar,
    Perlis.

    No. Telefon : 04-9765 501 / 502 / 503
    No. Faks : 04-9763 773

                                                    Waktu Operasi

       ISNIN - KHAMIS

       8.30 AM - 12.30 PM
       2.30 PM - 4.30 PM

       JUMAAT

        8.30 AM - 11.45 PM
        2.45 PM - 4.30 PM

     

                                                   Hits Pengunjung

    Today 165

    Yesterday 204

    Week 1119

    Month 165

    All 121955

    Currently are 8 guests and no members online

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

                                                     Hubungi Kami

    splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Dasar Privasi

    Penafian

    MYHRMIS MOBILE