Tarikh : 1 hingga 4 Februari 2024
Tempat : Hotel Goldsands Langkawi, Kedah
Jabatan Tanah dan Galian telah mengadakan Bengkel Gubalan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 mulai 1 hingga 4 Februari 2024 di Hotel Goldsands Langkawi, Kedah.
Tempat : Hotel Goldsands Langkawi, Kedah
Jabatan Tanah dan Galian telah mengadakan Bengkel Gubalan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 mulai 1 hingga 4 Februari 2024 di Hotel Goldsands Langkawi, Kedah.
Bengkel ini dipimpin oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Tuan Mohd Radhi bin Abas dengan kehadiran bersama YB Pegawai Kewangan Negeri iaitu Tuan Hj Mohd Zepri bin Saad. Peserta bengkel pula terdiri daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, Tuan Haji Aizal bin Mazlan, Ketua Unit Audit Dalam, Encik Noorhazarin Bin Hassan pegawai-pegawai dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri serta pegawai-pegawai Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Objektif utama bengkel adalah untuk menyemak kembali semua peruntukan undang-undang yang digunapakai di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menyusun kembali kaedah-kaedah pentadbiran dan pengurusan tanah di negeri Perlis.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri bin Ramli. YAB Menteri Besar Negeri Perlis menyambut baik usaha dan inisiatif Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis dalam menyediakan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis yang terkini bagi menggantikan Peraturan Tanah Perlis yang digunakan sejak 1987.
Impak pelaksanaan Kaedah-Kaedah Tanah Perlis ini akan membawa kepada perubahan struktur pentadbiran dan pengurusan tanah menjadi lebih sistematik dan mampan.
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis amat berharap Kaedah-Kaedah Tanah Perlis 2024 dapat direalisasikan dengan jayanya.
Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis turut merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) YBhg Dato' Haslina Abdul Hamid atas kesudian meluangkan masa dan menjadi Host untuk majlis makan malam bersama YAB Menteri Besar Perlis bersama-sama peserta bengkel pada 3 Februari 2024 (Sabtu).
Sumber : Facebook Jabatan Tanah dan Galian Perlis
Sumber : Facebook Jabatan Tanah dan Galian Perlis