Custom Post Format

Custom Post Format

Bengkel Semakan Draf Perjanjian Konsesi Bagi Pelaksanaan Pembangunan Sistem Pentadbiran Tanah Secara Elektronik (e-Tanah) Negeri Perlis


Tarikh : 5 Februari 2024
Tempat : Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri

Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertujuan untuk menyemak dan memuktamadkan draf perjanjian konsesi bagi e-Tanah Negeri Perlis.
Bengkel ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Datuk Muhammad Yasir Bin Yahya (Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial) dan Encik Razali Bin Othman (Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), UKAS, JPM) bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi pihak Kerajaan Negeri Perlis pula dipengerusikan oleh Encik Aizal Bin Mazlan, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Peserta-peserta bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil dari UKAS, NRES, Kementerian Ekonomi, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Kementerian Kewangan, Kementerian Digital dan Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kerajaan Persekutuan. Manakala Kerajaan Negeri disertai oleh Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, Pejabat Perundangan Negeri Perlis, Perbendaharaan Negeri Perlis dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Selain itu, bengkel ini turut disertai oleh pihak syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd.

Accordion Menu

About The Flex

Good seasons, day place male evening life after together gathered let void she'd grass created days upon after above great. Creative, prolific and ever-ready to serve you.


Popular Tags

No Tags found.