Pembayaran bagi semua urusan di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, termasuklah Cukai Tanah boleh dibuat menggunakan Kad Debit/Kredit (Cashless) pada setiap hari kaunter beroperasi, manakala bayaran secara Tunai, Cek (Cek Persendirian tidak diterima), Bank Draf, Wang Pos dan Kiriman Wang hanya diterima pada hari Khamis sahaja.
WAKTU OPERASI KAUNTER
Isnin - Khamis :
8:30 pagi - 12:30 tengah hari
2:30 petang - 4:30 petang
Jumaat :
8:30 pagi - 11:45 pagi
2:45 petang - 4:30 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum : Tutup
Semua urusan kaunter di Jabatan Tanah Dan Galian Negeri Perlis beroperasi secara walk-in.
Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan :
- Pemberian nombor giliran adalah berasaskan ‘first come first serve’
- Tidak dibenarkan mengambil gambar dan video di kawasan kaunter.