1) kaunter di Jabatan

Pembayaran bagi semua urusan di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, termasuklah Cukai Tanah boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit, secara tunai atau melalui cek.

WAKTU OPERASI:
Isnin - Khamis : 
8.00 Pagi - 12.30 Tengahari
2:00 Petang - 3.30 Petang

Jumaat : 
8.00 Pagi - 11.45 Pagi
2.45 Petang - 3.30 Petang

Sabtu/Ahad/Cuti Umum : Tutup

3) eBayar Perlis

eBayar Perlis

Portal EBayar Negeri Perlis merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis ke arah “Perlis GO Digital”. Portal ini menyediakan pembayaran terhadap pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan agensi dibawah Kerajaan Negeri Perlis secara atas-talian melalui FPX (online banking) dan MiGS (Kad Debit/Kredit) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad. Pelanggan boleh membuat pembayaran cukai tanah dengan memilih agensi Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.

Pembayaran cukai tanah boleh dibuat di Portal EBayar Negeri Perlis