1) Skim Galakan Pembayaran Cukai Tanah

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis untuk mengalakkan pemilik-pemilik tanah  menjelaskan cukai tanah dengan lebih awal. Bagi mana-mana pemilik tanah yang menjelaskan cukai tanah pada bulan Januari hingga Mac 2020, kadar rebat yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Tanah Pertanian : 8%
  • Tanah Bangunan : 5%
  • Tanah Perindustrian : 3%

2) Program Pemutihan Pelanggaran Syarat Tanah

Program ini memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas denda pelanggaran syarat. Program ini diadakan sepanjang tahun 2020 (Januari hingga Disember).

3) Denda Lewat Bayar Cukai Tanah

Denda sebanyak 10% daripada nilai Cukai Tanah Tahunan dikenakan sekiranya bayaran dibuat selepas 31 Mei 2020.