1) Skim Galakan Pembayaran Cukai Tanah

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis untuk mengalakkan pemilik-pemilik tanah  menjelaskan cukai tanah dengan lebih awal. Bagi mana-mana pemilik tanah yang menjelaskan cukai tanah pada bulan Januari hingga Mac 2019, kadar rebat yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Tanah Pertanian : 8%
  • Tanah Industri : 5%
  • Tanah Kediaman : 5%

2) Program Pemutihan Pelanggaran Syarat Tanah

Program ini memberikan diskaun sebanyak 65% ke atas denda pelanggaran syarat. Program ini diadakan sepanjang tahun 2019.

3) Tunggakan Cukai Tanah

Program ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan mana-mana pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah menyelesaikan tunggakan cukai tanah mereka. Di bawah bajet 2019, Kerajaan Negeri Perlis telah memberi rebat sebanyak 80% ke atas denda dan tunggakan denda cukai tanah. Tempoh rebat ini adalah sepanjang tahun 2019.