soalan lazim

soalan lazim popular yang kerap kali diutarakan pelanggan

Nilaian Harga Tanah

Soalan : Saya ingin bertanya mengenai nilai harga tanah di negeri Perlis.

JAwapan:

Tuan adalah dipohon untuk menghubungi Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) Perlis di talian: 04 - 976 2978 / 04 - 976 2977 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan nilaian yang lebih tepat.

Pecah Bahagian Di Dalam Geran

Soalan : Saya dan rakan berkongsi untuk membeli sebidang tanah berstatus pertanian dengan keluasan kurang 1 hektar. Bolehkan tanah tersebut dibahagi sama rata dengan rakan saya dan memohon pejabat tanah untuk mengeluarkan geran berasingan diatas nama saya dan satu lagi diatas nama rakan saya?

JAwapan:
Sekiranya di dalam hakmilik yang dibeli tadi telah tercatat nama tuan dan sahabat tuan, permohonan untuk memecah bahagian boleh dibuat untuk mengeluarkan geran berasingan. Keluasan tanah tidak menjadi sebarang masalah untuk membuat pecah geran walaupun ianya bersyarat pertanian asalkan di atas geran tadi telah dipindah milik ke atas nama tuan dan sahabat tuan. Pecahan bahagian dapat dibuat melalui jurukur berlesen dan segala dokumen dan jumlah bayaran yang dikenakan boleh diketahui melalui jurukur tersebut.

 

tanah rizab

Soalan : Tuan, apakah maksudnya tanah rizab melayu?

JAwapan:
Tanah rizab Melayu ialah kawasan tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu melalui gazet. Objektif utama diwujudkan tanah rizab adalah untuk menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu. Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.