soalan lazim

pengambilan tanah

Peranan pentadbir tanah

Soalan : Apakah Peranan Pentadbir Tanah?

JAwapan:

Bertindak bagi pihak "Pihak Berkuasa Negeri" untuk :
- Memproses pengambilan tanah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta pengambilan Tanah 1960
- Menjalankan siasatan/perbicaraan dan menentukan bayaran pampasan dibayar kepada orang-orang yang berkepentingan.
- Mengambil milik tanah secara rasmi dan
- Menguruskan pengeluaran hakmilik sambungan bagi pengambilan sebahagian lot.

siasatan dan perbicaraan

Soalan : Apakah tujuan siasatan/perbicaraan diadakan dan bolehkah pemilik berdaftar menghantar wakil?

JAwapan:

Tujuan siasatan/perbicaraan ialah untuk menentukan:

Nilai tanah yang diambil balik.
Jumlah pampasan.
Kepentingan tiap-tiap seorang yang mengemukakan tuntutan.
Bantahan (jika ada) oleh pihak yang berkepentingan.
Orang yang berkepentingan boleh mewakilkan kehadirannya kepada Peguan atau mana-mana individu yang dilantik secara rasmi.

pampasan

Soalan : Bagaimana Amaun Pampasan Ditentukan?

JAwapan:

Pentadbir Tanah akan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta biasanya diasaskan kepada nilaian pasaran. Selain daripada itu perkara-perkara lain juga diambilkira seperti kerosakan, nilai maju atas baki tanah jika hanya sebahagian tanah sahaja yang diambil balik.