soalan lazim

pengambilan tanah

Pengambilan Tanah

Soalan : Apakah Perlunya Pengambilan Tanah?

JAwapan:

Kerajaan terpaksa mengambil tanah milik oleh kerana Kerajaan tidak mempunyai tanah yang cukup lagi di kawasan yang dirancangkan untuk pembangunan. Tambahan pula pengambilan juga diperlukan untuk mengelakkan masalah urusniaga yang mengambil masa yang lama jika mengikut peraturan yang sedia ada.

siapa?

Soalan : Siapa Yang Boleh Memohon Untuk Mengambil Tanah?

JAwapan:

Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Perbadanan Persekutuan
Perbadanan Negeri
Badan Syarikat, Persatuan dan
Orang-orang Perseorangan

proses pengambilan

Soalan : Bagaimana Proses Pengambilan Tanah Dilaksanakan?

JAwapan:

Pihak Berkuasa Negeri melalui Pesuruhjaya Tanah Negeri akan membuat pengisytiharan mana-mana tanah yang hendak diambil melalui Warta Kerajaan Negeri. Pentadbir Tanah kemudiannya memberi Notis Awam dengan mempamer di tempat-tempat tertent seperti di Papan Kenyataan Pejabat Tanah berkenaan. Notis yang sama juga akan diserahkan kepada tuan-tuan tanah dan lain-lain orang orang yang berkepentingan.