Borang Pindah Milik
Soalan : Apakah borang yang digunakan untuk pindah milik? Jika saya berada di luar pada Perlis bolehkah Borang Pindah Milik dimuat turun sahaja.
Jawapan:
Proses pindah milik akan menggunakan Borang 14A (dicetak depan dan belakang menggunakan kertas bersaiz A3). Jika berada dalam Perlis, tuan/puan boleh datang sendiri ke kaunter Bahagian Pendaftaran Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis atau mana-mana pejabat tanah yang berdekatan secara percuma atau memuat turun borang daripada lama web ini melalui pautan https://ptg.ptgps.gov.my/borangPTG.php
proses pindahmilik
Soalan : Apakah yang diperlukan untuk proses pindahmilik?
JAwapan:
Maklumat penjual dan pembeli serta butiran tanah hendaklah diisi pada borang 14A dengan menggunakan samada pen hitam dakwat basah atau ditaip menggunakan mesin taip. Semua maklumat juga hendaklah betul mengikut format dan mengikut maklumat sepertimana yang tercatat dalam geran hakmilik tanah/ rumah tersebut.
Untuk itu, dokumen yang diperlukan adalah geran hakmilik yang asal, salinan penyata hasil yang telah dijelaskan (jika belum jelas cukai, sila jelas dahulu) dan kad pengenalan asal kedua-dua pihak yang terlibat dalam pindahmilik untuk kegunaan proses penyaksian persetujuan jualbeli.
Setelah itu, proses tandatangan persetujuan jualbeli hendaklah dilakukan dihadapan pegawai penyaksian yang sah dilantik sahaja.
Seterusnya, borang 14A yang telah disempurnakan hendaklah diserah kepada LHDN utk penaksiran cukai. Ini boleh dilakukan oleh pihak puan sendiri atau wakil yang dilantik pihak puan.
Setelah selesai urusan di LHDN, pihak tuan/wakil bolehlah datang ke kaunter bahagian Pendaftaran Jabatan Tanah dan Galian Perlis semula untuk menyempurnakan proses pindahmilik tersebut. Nama pemilik baru akan dimasukkan ke dalam geran hakmilik tanah tersebut dalam masa 24 jam dari tarikh serahan di kaunter.