tidak menerima bil cukai tanah
Soalan : Saya tidak menerima bil cukai tanah tahun semasa. Bagaimana cara mudah untuk saya dapatkannya selain perlu ke kaunter pejabat tanah?
JAwapan:
Bagi pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah bagi tahun semasa, cara yang lebih mudah dan cepat selain dari mendapatkannya di kaunter hasil Jabatan ini adalah dengan melayari laman web semakan maklumat cukai yang dikenali sebagai esemakan di pautan: https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan.
Laman tersebut akan memberikan maklumat terperinci bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan bil cukai tahun semasa boleh terus dicetak dengan mudah.
maklumat cukai meragukan
Soalan : Saya merasakan maklumat cukai adalah tidak tepat kerana jumlah yang diberikan lebih tinggi berbanding yang pernah dibayar pada tahun 2015. Apa yang telah berlaku sebenarnya?
JAwapan:
Untuk makluman tuan, cukai tanah telah dibuat pindaan berdasarkan keputusan MMK bil 154/2015. Cukai bagi setiap hakmilik di Perlis dibuat kiraan semula dan kali terakhir ianya dipinda adalah pada tahun 1982. Cukai yang dibuat pindaan adalah releven dengan tahun semasa.
bayaran cukai
Soalan : Saya telah menerima bil cukai tanah bagi tahun hadapan. Bolehkan saya membayarnya pada tahun ini?
JAwapan:
Tidak boleh. Bayaran cukai hanya boleh dibuat pembayaran bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya (bagi kes cukai tertunggak) sahaja.