Majlis Persaraan Puan Noraini Saad

Tarikh : 29 Jun 2024
Tempat : Bilik Serbaguna, JTGPs

Kelmarin telah diadakan Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih meraikan persaraan Puan Noraini Saad, Pembantu Tadbir (P/O) Unit Pendaftaran yang telah berkhidmat lebih 25 tahun di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.

Ucapan penghargaan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Aizal bin Mazlan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis dan turut dihadiri pengurusan kanan dan warga kerja Jabatan.

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung.
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Pengarah, Timbalan Pengarah, Unit Pendaftaran dan seluruh warga kerja JTGPs merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Puan Noraini sepanjang perkhidmatan diJabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.
 
 

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE