Pembukaan Operasi Kaunter Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Waktu Urusan Kaunter di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis:Isnin hingga Khamis : 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari 2:00 Petang - 3.30 Petang.
Jumaat :
8.00 Pagi - 11.45 Pagi
2.45 Petang - 3.30 Petang
Cuti Umum: TUTUP.
Kaunter Jabatan di UTC: TUTUP (sehingga dimaklumkan kelak).
Walau bagaimanapun hanya beberapa urusan/kaunter sahaja yang akan beroperasi buat masa ini.
URUSAN/KAUNTER YANG HANYA BEROPERASI:
- Pembayaran Cukai Tanah - Kaunter Unit Hasil dan Pandu Lalu
- Pelupusan
- Penyaksian - Dengan Temujanji sahaja
- Permohonan dan Bayaran:
- Pecah Bahagian;
- Pecah Sempadan;
- Penyatuan Tanah;
- Permit Khas
- Permohonan Ubah Syarat Tanah dan Bayaran Kelulusan Ubah Syarat Tanah
- Kaunter Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga (Hanya dokumen yang lengkap sahaja):
- Pindah Milik;
- Gadaian;
- Lepas Gadaian;
- Perintah Pusaka
URUSAN/KAUNTER YANG BELUM BEROPERASI:
- Lelong
- Siasatan Lelong
- Siasatan Berkaitan Permohonan Pecah Bahagian
- Siasatan Aduan (Penguatkuasa)
- Siasatan Geran
Semua pelanggan diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP seperti yang telah ditetapkan:
1) Penjarakan sosial : berada sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain;
2) Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung semasa berada di premis;
3) Mencuci tangan dengan 'hand sanitiser';
4) Suhu badan setiap pelanggan akan diperiksa sebelum memasuki premis; dan
5) Setiap pelanggan perlu mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon.
Urusan Pembayaran Cukai Tanah boleh dibuat secara Atas Talian (On-Line) melalui JomPay atau CIMBClicks. Sila pastikan Butiran Pembayaran berikut lengkap: No. Akaun Hakmilik, No. Telefon, Nama dan No. Kad Pengenalan.