Pembukaan Operasi Kaunter Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei 2020 (Isnin).

Waktu Urusan Kaunter: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari (Hari Isnin - Jumaat).
Cuti Umum: TUTUP.

Walau bagaimanapun hanya beberapa urusan/kaunter sahaja yang akan beroperasi buat masa ini.

URUSAN/KAUNTER YANG HANYA BEROPERASI:

  • Pembayaran Cukai Tanah - Kaunter Unit Hasil dan Pandu Lalu
  • Pelupusan
  • Penyaksian - Dengan Temujanji sahaja (mulai 12 Mei 2020)
  • Permohonan dan Bayaran:
    • Pecah Bahagian;
    • Pecah Sempadan;
    • Penyatuan Tanah;
    • Permit Khas
  • Permohonan Ubah Syarat Tanah dan Bayaran Kelulusan Ubah Syarat Tanah
  • Kaunter Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga (Hanya dokumen yang lengkap sahaja):
    • Pindah Milik;
    • Gadaian;
    • Lepas Gadaian;
    • Perintah Pusaka

URUSAN/KAUNTER YANG BELUM BEROPERASI:

  • Lelong
  • Siasatan Lelong
  • Siasatan Berkaitan Permohonan Pecah Bahagian
  • Siasatan Aduan (Penguatkuasa)
  • Siasatan Geran
Tambahan urusan lain yang beroperasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Semua pelanggan diminta untuk mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) PKPB seperti yang telah ditetapkan:
1) Penjarakan sosial : berada sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain;
2) Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung semasa berada di premis;
3) Mencuci tangan dengan 'hand sanitizer';
4) Suhu badan setiap pelanggan akan diperiksa sebelum memasuki premis; dan
5) Setiap pelanggan perlu mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon.

Urusan Pembayaran Cukai Tanah boleh dibuat secara Atas Talian (On-Line) melalui JomPay atau CIMBClicks. Sila pastikan Butiran Pembayaran berikut lengkap: No. Akaun Hakmilik, No. Telefon, Nama dan No. Kad Pengenalan.