piagam pelanggan

piagam pelanggan

Kami berjanji:

1) Meningkatkan pencapaian kutipan hasil tanah negeri;

2) Mendaftar urusan pindah milik (borang 14A) dalam tempoh satu (1) hari;

3) Memproses permohonan kelulusan pindahmilik, gadaian dan lepas gadaian (eConsent) dalam tempoh empat belas (14) hari bagi permohonan yang memerlukan kelulusan YAB Menteri Besar dan tujuh (7) hari bagi permohonan yang memerlukan kelulusan PTG;

4) Memproses permohonan tukar syarat tanah sehingga diangkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima;

5) Memproses permohonan pecah sempadan di bawah Seksyen 124(1) berkenaan dengan bahagian-bahagian pecah sempadan yang dicadangkan yang berjaya diproses sehingga di angkat ke MMK dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan

6) Memproses permohonan kelulusan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah yang berjaya diproses sehingga di angkat ke MMK dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.