| Komitmen kami ialah ke arah penyelesaian masalah dengan cekap, cepat dan adil dalam semangat kemesraan dan muhibbah. Kami menyediakan perkhidmatan kaunter untuk semua urusan dan tempat menanti yang selesa. Kami berusaha menyelesaikan masalah anda dengan seberapa segera yang boleh tanpa mengira berapa lama masa yang diambil. Semua urusan yang melibatkan pembayaran wang hendaklah dipastikan ianya diterima dan resitnya dikeluarkan. Janji kami ditunaikan sekiranya permohonan anda mengikut dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang menjadi pegangan kami: "Adil Kepada Semua". |
