Jabatan Tanah dan Galian Perlis (PTG Perlis) terletak
berdekatan
dengan
Perpustakaan
Awam
Negeri
Perlis.
Menghadap
di hadapan
Jabatan
adalah
Sekolah
Menengah
Kebangsaan
Derma.
Jarak
ke Bandar
Kangar
adalah
lebih
kurang
500
meter
atau
5 minit
perjalanan. Gerakkan
tetikus
anda
pada
peta
di atas
untuk
lebih
membantu
anda
mencari
lokasi
jabatan
(A) kami.
Sejarah Jabatan Pejabat Tanah dan Galian pertama letaknya di atas tapak yang kini terdapat Pejabat Polis Cawangan Trafik. Setelah bangunan di atas tapak berkenaan dirobohkan, maka Pejabat Tanah berpindah ke bangunan baru yang kini menjadi Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan. Dalam tahun 1982 sekali lagi Pejabat Tanah berpindah ke bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada 15 April 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis sekali lagi berpindah ke bangunan baru yang khas untuknya di Jalan Penjara iaitu bangunan yang ada sekarang.
|
Carta Organisasi PTG mempunyai 9 unit yang beroperasi sepanjang tahun iaitu Unit Pentadbiran, Pembangunan, Penguatkuasaan, Pengambilan, Teknikal, Pendaftaran, Pelupusan, Pungutan Data dan Hasil serta Pesaka. |
