unit-unit Jabatan Tanah dan Galian perlis

Objektif

Untuk memberi perkhidmatan bagi seluruh jabatan dari aspek perkhidmatan, perjawatan, kewangan, penyelenggaraan, pembelian dan pembekalan latihan kakitangan, kebersihan dan keselamatan pejabat, penyediaan dan penyimpanan rekod-rekod

Fungsi

Mengendalikan segala urusan perkhidmatan kakitangan seperti pengisian jawatan, pengesahan jawatan, kursus, tatatertib, penanggungan kerja, pencen, urusan cuti dan mengemaskini buku rekod perkhidmatan.

Mengendalikan segala urusan pentadbiran pejabat seperti kebersihan pejabat, surat menyurat, pengawasan sistem kad perakam waktu, sistem fail, mesyuarat dan pengendalian segala hal ehwal dan keselamatan pejabat.

  • Menyediakan penyata gaji kakitangan, menyediakan baucar bayaran untuk segala jenis tuntutan, menyediakan penyata penyesuaian flimsi, membuat Anggaran Belanjawan Tahunan dan pengurusan stor/inventori jabatan.

Atas

Piagam Pelanggan

- Perkhidmatan

Membuat perakuan menanggung kerja dan menghantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan kepada anggota dikeluarkan.

Merekod kelulusan permohonan cuti rehat, cuti sakit dan cuti tanpa rekod dalam Buku Daftar Cuti dalam tempoh 1 hari dari tarikh permohonan diterima.

Memproses perakuan pengesahan dalam jawatan dan perletakkan ke dalam jawatan berpencen yang lengkap untuk dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam tempoh 2 minggu.

Memaklumkan kekosongan jawatan dan membuat justifikasi untuk dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam tempoh 14 hari.

Memproses Penilaian Prestasi dan Perakuan Pergerakan Gaji Anggota Jabatan Tanah dan Galian Perlis untuk pertimbangan Panel Penyelaras Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji mulai bulan November bagi membolehkan setiap anggota mendapat pergerakan gaji selewat-lewatnya 01 April  setiap tahun.

Memastikan setiap Rekod Perkhidmatan kakitangan dikemaskini dari masa ke semasa. 

Memastikan kakitangan mengikuti kursus-kursus yang diperlukan berdasarkan syarat-syarat lantikan dan keperluan semasa.

  • Menyelaraskan kursus-kursus yang dianjurkan dan mengemukakan permohonan untuk mengikuti kursus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh tutup permohonan.

 

Atas

- Am

Memastikan surat-surat yang diterima diedarkan untuk tindakan 2 hari selepas penerimaan.

Memastikan sistem pengurusan fail yang dikemaskini dan fail-fail yang perlu diedarkan kepada Pegawai-pegawai yang berkenaan untuk tindakan dalam masa 1 hari. 

Memastikan keadaan persekitaran pejabat sentiasa dalam keadaan bersih dan melapurkan kerosakkan kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan serta-merta. 

Memastikan borang-borang tuntutan perjalanan, elaun lebihmasa, borang cuti dan lain-lain sentiasa mencukupi.

Memastikan borang waran perjalanan dihantar ke Pejabat Setiausaha  Kerajaan 7 hari sebelum tarikh perjalanan. 

Membekalkan keperluan pejabat kepada unit-unit yang dipohon secara pukal dalam tempoh 2 hari.

  • Mengemukakan permohonan Sijil orang siam untuk pertimbangan Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 2 minggu selepas temuduga diadakan.

 

- Kewangan

Anggaran belanjawan tahunan yang lengkap akan dihantar ke Pejabat Kewangan Negeri 3 hari sebelum tarikh ditetapkan. 

Proses penyediaan baucar bayaran bagi semua jenis pembayaran ke Pejabat Bendahari akan dibuat dalam tempoh satu minggu dari tarikh bil tuntutan yang lengkap diterima.

Penyata perubahan gaji bulanan akan dihantar ke Pejabat Bendahari pada atau sebelum 10 haribulan sebelumnya.

Menguruskan cek-cek potongan gaji bulanan untuk dihantar ke Agensi-agensi berkaitan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh cek diterima.

Merekod pendapatan dan potongan gaji semua kakitangan ke dalam buku Kew. 16 dalam tempoh 1 minggu.

Menyediakan penyata saraan daripada penggajian tahunan (Penyata E.C) sebelum akhir Februari tahun berikutnya.

Semua permohonan Pesanan Tempatan/Inden akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari  jika peruntukan mencukupi.

Menerima hasil, menyemak dan mengeluarkan resit akaun terima dalam tempoh satu hari.

Memproses semua baucar bayaran balik deposit dalam masa 5 hari selepas fail berserta dokumen-dokumen sokongan yang lengkap diterima.

  • Membuat rekupan Panjar Wang Runcit apabila ia perlu dicukupkan semula.

 

 

Atas