unit-unit Jabatan Tanah dan Galian perlis

Objektif

Mengenalpasti tanah kerajaan tidak dicerobohi, pemberian permit secara adil dan pemilik mengusahakan tanah mereka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Fungsi

    Memproses permohonan permit bahan batuan mengikut Seksyen 69 KTN.
    Memantau dan menyelia operasi kuari.
    Menyiasat dan memproses permohonan hak lalu lalang Pentadbir Tanah mengikut seksyen 388 KTN.
    Memproses permohonan laluan Voltan Tinggi Tenaga Nasional Berhad.

    Melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan:

    - Pencerobohan Tanah Kerajaan.

    - Pelanggaran syarat.

    - Pemindahan bahan batuan secara haram.

Atas

Piagam Pelanggan

Kami bersedia menjalankan tugas mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan;

Semua permohonan permit yang lengkap akan diproses dan dihantar ke Jabatan-jabatan Teknikal untuk pandangan dan ulasan dalam tempoh 30 hari.
Permohonan permit akan dikemukakan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 10 hari dari tarikh ulasan Jabatan Teknikal yang terakhir diterima.
Permohonan mengeluarkan deposit akan dikemukakan untuk kelulusan Tuan Pengarah Tanah & Galian dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan di terima.
Menyampaikan notis mengosongkan tanah kepada setinggan yang terlibat dengan projek-projek kerajaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan diterima.
Mengambil tindakan penguatkuasaan dalam masa 14 hari selepas tanah tempoh notis mengosongkan tanah.
Keputusan Pihak Berkuasa Negeri akan disampaikan kepada pemohon dalam tempoh 10 hari dari tarikh keputusan diterima.

Bersopan dalam menjalankan tugas.

 

Atas

Perundangan Berkaitan