unit-unit Jabatan Tanah dan Galian perlis

Objektif

Untuk memberi perkhidmatan dengan cepat dan berkesan dalam hal-hal berkaitan urusan pembangunan tanah selaras dengan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pembangunan tanah milik secara terancang.

Fungsi

  • Memproses permohonan berhubung dengan pembangunan tanah iaitu tukar syarat , pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan tanah, menyerah balik sebahagian tanah, menyerah balik keseluruhan tanah, serah balik dan pemberimilikan semula, permohonan melanjutkan tempoh mendirikan bangunan, dan lain-lain permohonan berkaitan pembangunan tanah.

  • Memproses permohonan Lesen menduduki Sementara dan memperbaharui Lesen Menduduki Sementara.

  • Memproses permohonan mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pindahmilik, gadaian dan pajakan bagi tanah--tanah milik yang tertakluk kepada sekatan kepentingan.

 

Atas

Piagam Pelanggan

Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cepat dalam hal pembangunan tanah selaras dengan dasar-dasar Kerajaan melalui tindakan-tindakan berikut:;


  • Berusaha dan memastikan semua permohonan tukar syarat, pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan tanah serta lain-lain permohonan berkaitan pembangunan tanah yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat untuk kelulusan dapat diberi pertimbangan dalam tempoh 6 bulan.

  • Mengemukakan permohonan Lesen Menduduki Sementara untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh satu bulan selepas menerima ulasan terakhir daripada Jabatan Teknikal.

  • Mengeluarkan surat keputusan permohonan memperbaharui Lesen Menduduki Sementara dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan diterima.

  • Mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran menggadai tanah-tanah milik yang tertakluk kepada sekatan kepentingan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Mengeluarkan notis panggilan siasatan kepada tuan-tuan tanah dan bakal penerima pindahmilik atau penerima pajakan yang memohon mendapatkan kebenaran untuk pindahmilik atau pajakan dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  • Mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran memindahmilik atau memajak tanah-tanah milik yang tertakluk kepada sekatan kepentingan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh satu minggu dari tarikh siasatan diadakan.

  • Mengemukakan kes-kes rayuan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh dua minggu selepas menerima perakuan atau ulasan daripada Jawatankuasa Teknikal Ubah Syarat atau lain-lain pihak yang dirujuk.

  • Menyampaikan keputusan Pihak Berkuasa Negeri kepada pemohon dalam tempoh satu minggu dari tarikh fail berkaitan diterima daripada urusetia MMK.

 

Atas

Perundangan Berkaitan