info korporat

jabatan tanah dan galian perlis

Sejarah

Jabatan Tanah dan Galian pertama letaknya di atas tapak yang kini terdapat Pejabat Polis Cawangan Trafik.

Setelah bangunan di atas tapak berkenaan dirobohkan, maka Pejabat Tanah berpindah ke bangunan baru yang kini menjadi Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan.  Dalam tahun 1982 sekali lagi Pejabat Tanah berpindah ke bangunan Dato' Mahmud Mat. Pada 15 April 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis sekali lagi berpindah ke bangunan baru yang khas untuknya di Jalan Penjara iaitu bangunan yang ada sekarang.

Lokasi

Jabatan Tanah dan Galian Perlis (PTG Perlis) terletak berdekatan dengan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Menghadap di hadapan Jabatan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Derma. Jarak ke Bandar Kangar adalah lebih kurang 500 meter atau 5 minit perjalanan.