soalan lazim

perihal cukai tanah

Portal bayaran fpx

Soalan : Saya ingin melakukan pembayaran cukai tanah secara online di laman FPX. Sebelum ini tiada masalah pun. Saya berada di luar Negeri Perlis dan sukar melakukan pembayaran jika perlu ke Perlis.

JAwapan:

Pembayaran cukai tanah secara atas talian menggunakan kaedah FPX sudah tidak digunakan lagi di sini. Pembayaran cukai tanah telah beralih kepada perkhidmatan terkini menggunakan kaedah JomPAY yang melibatkan 40 buah bank.

Tuan hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet yang telah didaftarkan. Cari servis JomPAY dan masukkan maklumat seperti berikut:

Biller Code : 3400
Ref-1 : Nombor hakmilik anda
Ref-2 : No telefon anda

Masukan jumlah bayaran cukai tanah patut dibayar dan ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan proses pembayaran.

kaunter pandu bayar

Soalan : Baru-baru ini pada bulan April yang lepas, saya ke pejabat tanah untuk membuat bayaran cukai tanah di kaunter pandu bayar. Setelah menunggu lama, namun kaunter langsung tidak dibuka walaupun telah dibunyikan hon kereta berkali-kali. Apa yang telah berlaku?

JAwapan:
Kaunter pandu bayar hanya dibuka sepanjang bulan Januari hingga Mac sahaja. Sepanjang tempoh itu, kaunter pandu bayar dibuka bagi memudahkan pembayar melakukan bayaran tanpa perlu khuatir memikirkan tempat letak kenderaan yang terhad di Jabatan ini. Pemberian rebat juga diberikan pada bulan Januari hingga Mac. Selepas tempoh tersebut, pembayar perlu membuat bayaran cukai tanah di kaunter di Unit Hasil atau boleh melakukan pembayaran secara atas talian.

 

keengganan membayar cukai tanah

Soalan : Apakah implikasi sekiranya saya tidak membayar cukai tanah?

JAwapan:

Cukai tanah perlu dijelaskan pada setiap tahun dan sekiranya cukai tidak dibayar sebelum 31 Mei, denda akan dikenakan dan apa-apa bayaran yang terhutang adalah disebut sebagai tunggakan cukai tanah.

Bagi pemilik tanah yang enggan menjelaskan cukai tanah mereka akan dikeluarkan notis peringatan yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya masih enggan, notis tuntutan borang 6A (Notis tuntutan hasil tertunggak) di bawah Seksyen 97 & 98 Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan. Implikasi yang akan berlaku adalah hakmilik dan kepentingan pemilik tanah boleh dilucut hak dan dirampas.