Kembali ke Laman Sebelumnya

TATACARA PEMBAYARAN FPX

1. Sila tutup 'POP-UP BLOCKER' pada pelayan web anda sebelum membuat pembayaran.

2. Pastikan anda memiliki Nombor Hakmilik yang hendak di bayar. Nombor hakmilik boleh dirujuk pada Bil Cukai Tanah semasa.

3. Setiap transaksi pembayaran akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 0.50 sahaja.

4. Anda mesti memasukkan nombor Telefon anda sebelum memilih bank untuk membuat bayaran. Senarai bank adalah seperti berikut:-

    • Bank Islam
    • CIMB Bank
    • Hong Leong Bank
    • Public Bank
    • Maybank

5. Anda perlu mempunyai keperluan seperti berikut:

    I. Akaun simpanan atau semasa dari mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan fpx.
    II. Mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet dari mana-mana bank yang menyertai fpx.
    III. Sila rujuk tatacara penggunaan internet banking di bank-bank yang berkenaan.

6. Terhad bagi setiap transaksi pembayaran Individu adalah sebanyak RM 5,000.00. Maklumat cukai akan dikemaskini selepas 3 hari bekerja dari tarikh pembayaran dibuat .Sila semak penyata anda selepas 3 hari bekerja.

7. Waktu Operasi perkhidmatan ini adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

8. Salinan Resit akan dihantar selepas pengemaskinian bayaran dibuat.

Sebarang masalah sila hubungi PTG Perlis di talian 04 - 9765 501 atau e-mail ke fpx@ptgps.gov.my