YAB MB Mahu Kakitangan Awam Baiki Mutu Perkhidmatan
KANGAR: Kakitangan awam di negeri ini perlu menjadikan peningkatan kualiti kerja, ketepatan masa dan perkhidmatan untuk rakyat sebagai matlamat utama mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu dalam pertemuan pertamanya dengan kakitangan jabatan kerajaan, kelmarin. Beliau berkata, sebagai kakitangan kepada agensi serta jabatan kerajaan, matlamat utama perkhidmatan mereka adalah untuk rakyat sebagai pelanggan.
Justeru, beliau mahu semua kakitangan kerajaan negeri meningkatkan kualiti kerja masing-masing dalam semua aspek, termasuk memastikan kepatuhan masa. "Kepuasan rakyat sebagai pelanggan utama agensi dan jabatan kerajaan bergantung kepada penyampaian yang berkesan. Ini bermakna tepat dan pantas, tetapi tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 kakitangan kerajaan negeri sempena perhimpunan bulanan di sini, kelmarin.
Ucapan itu adalah yang pertama bagi Md Isa kepada kakitangan, selepas memulakan tugas beliau secara rasmi di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut dikenali sebagai di Mini Putrajaya di Jalan Lintasan Kangar di sini. Hadir sama, semua tujuh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, serta semua ketua jabatan dan agensi kerajaan. Sementara itu, Md Isa yang turut mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Pengurusan Kualiti, turut menggesa kakitangan kerajaan negeri supaya mengelak daripada bersikap prejudis dalam memberikan perkhidmatan.
Bagi beliau, amalan prejudis hanya akan menimbulkan ketegangan selain menutup ruang kerjasama antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan situasi kerja yang kurang menyenangkan. "Kita mahu semua kakitangan mempunyai niat yang satu dan bekerja sebagai satu pasukan di bawah satu bumbung kepimpinan," katanya.
Sebaik selesai ucapan, Md Isa turut meluangkan masa beramah mesra bersama wakil dan ketua-ketua jabatan, sebelum memperkenalkan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik sebagai Exco. Mereka ialah Datuk Seri Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (Pelaburan Perdagangan dan Industri), Sabry Ahmad (Pertanian dan Industri Asas Tani), Ahmad Bakri Ali (Pelancongan dan Kesihatan), Abdul Jamil Saad (Belia, Sukan, Sumber Manusia, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Mat Rawi Kassim (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Pengguna), Yip Sun Onn (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Bandar Baru) serta Jafperi Othman Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As Sunnah).
Beliau berkata, sebagai kakitangan kepada agensi serta jabatan kerajaan, matlamat utama perkhidmatan mereka adalah untuk rakyat sebagai pelanggan. Justeru, beliau mahu semua kakitangan kerajaan negeri meningkatkan kualiti kerja masing-masing dalam semua aspek, termasuk memastikan kepatuhan masa. "Kepuasan rakyat sebagai pelanggan utama agensi dan jabatan kerajaan bergantung kepada penyampaian yang berkesan. Ini bermakna tepat dan pantas, tetapi tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 kakitangan kerajaan negeri sempena perhimpunan bulanan di sini, kelmarin.
Ucapan itu adalah yang pertama bagi Md Isa kepada kakitangan, selepas memulakan tugas beliau secara rasmi di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut dikenali sebagai di Mini Putrajaya di Jalan Lintasan Kangar di sini. Hadir sama, semua tujuh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, serta semua ketua jabatan dan agensi kerajaan. Sementara itu, Md Isa yang turut mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Pengurusan Kualiti, turut menggesa kakitangan kerajaan negeri supaya mengelak daripada bersikap prejudis dalam memberikan perkhidmatan. Bagi beliau, amalan prejudis hanya akan menimbulkan ketegangan selain menutup ruang kerjasama antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan situasi kerja yang kurang menyenangkan.
"Kita mahu semua kakitangan mempunyai niat yang satu dan bekerja sebagai satu pasukan di bawah satu bumbung kepimpinan," katanya. Sebaik selesai ucapan, Md Isa turut meluangkan masa beramah mesra bersama wakil dan ketua-ketua jabatan, sebelum memperkenalkan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik sebagai Exco. Mereka ialah Datuk Seri Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (Pelaburan Perdagangan dan Industri), Sabry Ahmad (Pertanian dan Industri Asas Tani), Ahmad Bakri Ali (Pelancongan dan Kesihatan), Abdul Jamil Saad (Belia, Sukan, Sumber Manusia, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Mat Rawi Kassim (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Pengguna), Yip Sun Onn (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Bandar Baru) serta Jafperi Othman Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As Sunnah).




