Jabatan Tanah dan Galian Perlis

icon MAKLUMAN TERKINI

HARI TANPA TUNAI

makluman_hari_tanpatunai

Pemakluman hari tanpa tunai bagi semua bayaran di Kaunter Hasil Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat berkuatkuasa pada 1 Januari 2023.

Bayaran boleh dibuat menggunakan kad Debit atau kad Kredit

Tiada caj tersembunyi dikenakan.

Dikemaskini pada: 29 Disember 2023

WAKTU OPERASI KAUNTER

jom bayar cukai tanah

Waktu operasi kaunter Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis sepanjang bulan Ramadhan 1445H mulai 12 Mac hingga 9 April 2024 adalah seperti berikut:

Isnin - Khamis :
8:30 pagi - 12:30 tengah hari
2:00 petang - 4:00 petang

Jumaat :
8:30 pagi - 12:30 tengah hari
2:30 petang - 3:30 petang

Sabtu/Ahad/Cuti Umum: Tutup

Dikemaskini pada: 12 Mac 2024

 

icon AKTIVITI/PERISTIWA TERKINI

SESI PENYAMPAIAN AMANAT KEPADA WARGA JTG PERLIS OLEH YAB MENTERI BESAR PERLIS DAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

LAWATAN MB DAN SS

Bagi pihak Pengarah dan seluruh Warga JTG Perlis merakamkan setingggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Perlis dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kerana sudi meluangkan masa menyampaikan amanat kepada seluruh Warga JTG Perlis.

YAB Menteri Besar Perlis juga berbesar hati melancarkan Piagam Pelanggan JTG Perlis untuk tempoh 2023-2026 bagi memudahkan semua pelanggan yang berurusan dengan pihak JTG Perlis memahami secara lebih terperinci proses kerja sesuatu urusan di JTG Perlis.

YAB Menteri Besar Perlis telah menyampaikan amanat melalui aplikasi zoom di mana semua warga kerja JTG Perlis mengikuti amanat ini daripada stesyen kerja masing-masing. Inisiatif penggunaan zoom memberi peluang kepada semua warga JTGPs utk mendengar sendiri amanat yg disampaikan oleh YAB MB secara langsung tanpa menjejaskan operasi kaunter dan rutin kerja harian masing-masing.

Pengarah juga telah membentangkan prestasi pencapaian JTG Perlis kepada YAB Menteri Besar dan juga YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Sesi ini membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran dan pengurusan tanah di Negeri Perlis serta mendapatkan mekanisme terbaik dalam menyelesaikan isu-isu tersebut.

Diharap dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perlis serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ke JTG Perlis akan memberikan semangat baharu kepada seluruh warga JTG Perlis untuk lebih berdaya saing dan komited dalam melaksanakan tugas di masa hadapan.

Lihat gambar di GALERI.

PELANCARAN PIAGAM PELANGGAN JABATAN TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS BAGI SESI 2023-2026

PELANCARAN PIAGAM PELANGGAN

Buat julung-julung kalinya JTG Perlis melancarkan Piagam Pelanggan JTG Perlis 2023-2026 dan majlis pelancaran piagam pelanggan ini telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perlis merangkap Exco Tanah Kerajaan Negeri Perlis.

Sebagai simbolik YAB Menteri Besar Perlis telah melancarkan piagam pelanggan ini di Ruangan Informasi JTG Perlis yang ditempatkan di ruang legar awam JTG Perlis.

Di ruangan ini juga turut dipamerkan piagam pelanggan unit-unit berkaitan. Objektif utama pelancaran piagam pelanggan ini adalah untuk menterjemahkan komitmen JTG Perlis dalam usaha untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak yang berurusan di JTG Perlis.

Selaras dengan memperkasakan kempen Perlis Go Digital, piagam pelanggan ini boleh diimbas secara QR Code bagi membolehkan semua pelanggan JTG Perlis memahami secara lebih terperinci piagam pelanggan ini.

Lihat gambar di GALERI.

 

icon PAUTAN PANTAS

Bayaran JomPay Maklum Balas

Jabatan Tanah Dan Galian Perlis